Forex Mudah

Saturday, June 4, 2011

Hammer dan Hanging Man


Ini merupakan bentuk candlestick yang paling disukai. Ini kerana biasanya sekiranya ia terjadi trader mampu mengaut keuntungan yang besar daripada bentuk candlestick sebegini.

Syarat Hammer dan Hanging Man adalah shadow mestilah lebih panjang dengan body.

Inside Bar


Gambar rajah : Inside Bar

Inside bar adalah berlawanan dengan englufing bar. Candle sebelumnya adalah lebih besar sehingga melepasi candle selepasnya. Sekiranya candle ini terbentuk pada chart ia merupakan penanda awal yang menunjukkan kehilangan kekuatan trend sebelumnya dan memungkinkan akan berlakunya perubahan trend. Walau bagaimanapun kita perlu menunggu satu lagi candle (iaitu candle yang ketiga) bagi memastikan keadaan ini. Sekiranya candle ketiga melepasi highest ataupun lowest point candle kedua (bergantung kepada trend sebelumnya) maka perubahan trend adalah lebih pasti. Walau bagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan lagi keadaan ini yang akan kita bincangkan nanti di post-post akan datang.

Englufing


Gambar rajah : Englufing


Sekiranya englufing candle terbentuk pada chart, ia menunjukkan perubahan momentum yang kuat. Ini biasanya terjadi disebabkan support dan resistance telah berjaya dipecahkan. Sekiranya trend pasaran berada dalam keadaan sell, maka candlestick sebelumnya adalah bearish (sell) dan selepasnya adalah bullish (buy). Manakala sekiranya trend pasaran sebelumnya berada dalam keadaan buy, candlesticks sebelumnya adalah bullish dan selepasnya adalah bearish. Keadaan ini juga merupakan penanda awal akan berlakunya perubahan trend pada pasaran. Walau bagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan keadaan ini yang akan kita bincangkan pada post-post akan datang.

Doji

Gambar rajah : Doji

Keadaan ini berlaku kerana open price dan close price berada pada nilai yang sama. Contohnya candlestick mulai terbentuk pada nilai 0.1345 dan tertutup pada nilai yang sama dengan nilai ia mulai terbentuk iaitu 0.1345 (Pembeli dan Penjual sama kuat). Sekiranya doji terbentuk pada mana-mana chart, ia memberikan gambaran awal bahawa perubahan trend akan berlaku. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan perkara ini yang akan kita bincangkan pada post-post akan datang.

Asas Candlestick

Sebelum kita membincangkan jenis-jenis pembentukan yang telah disebutkan, adalah lebih baik kita mengetahui perkara paling asas berkenaan dengan candlestick. Sila lihat gambar rajah di bawah.

Ini adalah merupakan bentuk asas bagi candlestick.

Terdapat dua jenis candlestick pertama bullish (buy) candlestick dan yang kedua ialah bearish (sell) candlestick. Setiap bahagian dalam candlesticks mempunyai maksudnya yang tersendiri. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk lebih jelas.














Candlestick Candle

Setelah memahami kaedah untuk menentukan arah trend pasaran, perkara kedua yang perlu kita fahami ialah pembentukan candlestick. Sebenarnya terdapat beratus-ratus jenis pembentukan candle tetapi kita hanya perlu mengetahui beberapa jenis pembentukan candle yang boleh membantu kita untuk menentukan arah seterusnya trend pasaran.

1. Doji
2. Engulfing
3. Inside Bar
4. Hammer dan Hanging man

Monday, September 6, 2010

Menentukan Trend Pasaran

Forex merupakan satu pasaran yang mempunyai arah trend yang kuat samada trend buy ataupun trend sell.

Sekiranya kita mengetahui arah trend yang betul akan membantu kita untuk open posisi yang menguntungkan sahaja sama ada buy ataupun sell. Contohnya sekiranya trend semasa adalah dalam keadaan buy kita hanya akan open posisi buy sahaja dan begitulah sebaliknya. Ini akan meminimumkan kerugian dan sekaligus memaksimumkan keuntungan.

Terdapat beberapa kaedah untuk menentukan arah trend.

1. Menggunakan mata kasar

Trend yang terbaik adalah trend yang boleh dikenalpasti menggunakan mata kasar sahaja. Dengan sekali pandang kita tahu bahawa trend pasaran berada di posisi buy atau pun. Contoh paling mudah dalam gambar rajah di atas.

2. Melukis Trendline

Melukis trendline pada chart adalah merupakan salah satu kaedah yang paling popular di kalangan trader. Teknik melukis trendline adalah seperti yang diterangkan di bawah.

2(i) Buy

Untuk trend buy beberapa titik support dapat dihubungkan menggunakan garisan lurus seperti dalam gambar rajah.




Selagi pasaran tidak melepasi garisan trendline, kita beranggapan trend pasaran masih berada dalam keadaan buy.

2(ii) SELL

Untuk trend sell pula beberapa titik resistance dapat dihubungkan dengan garisan lurus seperti dalam gambarajah.


Selagi pasaran tidak melepasi garisan trenline kita beranggapan pasaran adalah berada dalam keaadaan sell.

3. Moving Average

Penggunaan Moving Avarage dalam menentukan arah trend juga sangat popular di kalangan trader. Antara moving average yang sering digunakan ialah 200EMA. Sekiranya pasaran berada di atas 200EMA maka trend berada dalam keadaan buy dan sebaliknya sekiranya pasaran berada di bawah moving average 200EMA trend berada dalam keadaan sell. Lihat gambar rajah untuk keterangan lanjut.


TREND SELL



TREND BUY




Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah untuk menentukan arah trend pasaran. Insya Allah di masa akan datang saya akan menambah lagi beberapa teknik-teknik untuk menentukan arah trend pasaran.